Tuesday, June 14, 2011

bercuti bersama chi-ken-poxy

cuti sem yang dinanti.
banyak planning tengah tunggu untuk dijalankan.
sebulan sebelum cuti ak dah packing nk balik. nampak sangat teruja kan. =-=
tapi...there's something waiting for you fara....
something ~ ~

1st & 2nd day kat rumah everything going very well.
bangun pukul 14, makan macam tiada hari esok, tengok tivi depan hidung, berebut makan eskrem dalam tupperware dgn adik kecik, kacau incik boyfren dengan panggilan2 hangit.
indah sungguh indah.

3rd day.
sengalnya badan. macam nak demam kura.
tapi sebagai orang berantibody kuat, sampai jugak ak kat jusco.boleh karoke lagey okey..hoho

esok nya. 
WAT DA ?!!
bintik apa kat perut ni??

dari google 

ada sebijik, kaler pink, mengelembung dgn air. dan agak comel.
ape ni....jangan cakap.................................
tunjuk kat abah : hahaha memang duk tunggu turn hang la
sah dah..jangkit bekas campak adik-adik ak. 
mulanya dari adik kecik ak, pastu Tasya, then Iwan. 
ni ak balik memang turn ak la. 
cikenpox 4series. kau ade? xde kan.

dah tua bangka baru nak kena. 
kecik2 dulu taknak kena. 
ni ak nak merap ni !
polka-dot2 ni bila nak surut ntah !
sampai dalam mulut pun ada. 
WTH!!!!

sekian saja luahan rasa perasaan.

yang sakit,
faradeana



Monday, May 2, 2011

assembly LAH .

2 MAY 2011 (ISNIN)
harini cuti. no good morning. 
berangan berangan.
esok keja petang. boleh bangun lambat. ^^

3 MAY 2011 (SELASA)
7lebih : terjaga tgk KakPiah (rumet) ak siap2 nk g keja. 
            ak tarik slimut tutup muka & Kak Piah pegi keja.
7.35am : tiba2 pintu bilik dibuka secara ganas.
              OGENNN ASSEMBLY !!

boleh bayang keadaan & muka ak masa tu?
assembly start 7.45
ak rembat uniform tak iron lagi.
tudung yang kedut seribu punya.
cari blazer pun tak jumpa dah.
g toilet gosok gigi jap.
marathon pegi kolej.

fuhh naseb baik tak start lagi.
ak masuk celah2 budak klas.
ok acara bergelak. seronok kan tgk ak. T__T
ada yg tolong2 betul tudung ak. 
tadi sempat la tepek bedak sikit. tapi part mata usah dikenang. 
sembab. sepet. separuh bukak. =__=
dalam keadaan penuh kemaluan tu .Kak Mie hulurkan blazer. touching ~**
dah pakai blazer. lagi sakan deme gelak kat ak. kuajar. asal gelak?
rupanya . . . 
ak saiz m. blazer mybe xxl.
boleh masuk lagi 2 org katanya.
herm. lantak la. baik ada dari takda langsung.
norma siap tak kasi ak nyanyi lagi. takot ak tak gosok gigi. kuang asam.
nyanyi2.cakap2.nyanyi lagi. 
ok. assembly dismiss.
HAH ?? AK TAK PEGI PUN TAKPE !! T__T

sekian. 




 




 



              


Sunday, February 27, 2011

cite semalam semalam.

ehm ehm. test test. ; )
hari jumaat lepas ak balik rumah. 
masuk je pintu rumah. hemm. bau cm hotel ~
sekali bukak pintu bilik ak.
bau setinggan. T_T. cik natasya..please ~ 
baik je cik tam bergulung kat blanket katil ak. muke sejuk la konon. 
bertuah punya kucin ! 
sambung.
aha. ak balik kali ni angkut geng mek klate. 
bawak g round jusco jap.
ak belemoihgila p haritu.
mekap apo pun idok. haiz.

jalan jalan jalan.
nampak elianto.
ak g tgk2 barang dy.
dy test blusher, eye shadow, eyeliner suma bagai lah kat ak.
dari muka mcm zomba. 
trus muka cam artis.
haha. terima kasih kak elianto.

jalan jalan jalan lagi. 
jumpa kedai shawl.
test test inner. ouch ! cantek !
ak grab satu shawl trus lilit belit. 
matching pulop dgn baju. 
pakai-bayar-chow.

hari tu abah kasi greenlight bawak keta balik asrama !!
wow wow !!!~~
encik BF pesan dah. kalau sampai asrama awal sgt..jaga..
get it? (duration rumah --> kolej 30 mnit) 
so kalau smpai awal. . . .
heh heh. >.<..

hari sabtu pulak. pegi sokong team netball kolej kat kolej bukit mertajam.
kolej ktorang menang 17-7. huhu
tak sia2 ak bangun awal on saturday morning. T_T

balik menyokong. pegi berlibur-libur dgn ecah ~
ada keta kan. msti la nak bersuka2. 
ya lah bersuka suka. lepas tu berduka duka. 
ada keta nate mana ntah ciom bontot keta ak.
pergh seb baik ak terer tahan brek dari g gomoi keta depan lak.
dan yang sweetnya. dy belah lepas crush tu!!
ouch ~what the hee u man !!! 
kalau ak salah asal ko tak turun datang marah ke sepak ak ke. 
ak sempat la amik no plat dy. PBB 9***. saga lama.
"ak nampak keta ko parking mana2. jgn tanya kenapa kalau keta kau takda tayar."
dan sekarang.
hapuskan bukti sebelum abah dtg tgk !

ada lagi 2 hari sebelum abah dtg. 
beliou tak boleh tahu pasal ni ! kennot !!!!!!
;'(









Monday, February 21, 2011

tam si gondol?

dah sehari suntuk duk dalam kelas.
kelas yg ibarat freezer.
ak mcm ikan sardin je merekot dlm tuh.
sejuk gila ok !
haa. ni ak nak emo nih. =_="

tadi blaja pasal Rhinitis a.k.a resdung.
bab resdung ni memang ak nak fokus sgt la. (sbb ak ada pnyakit ni..T_T)
tapi rasanya ni mcm penyakit common la kan.
ramai je ada ak tgk.
ha? ko takde pun?  
"hey ! apa normal sgt kau ni ! cis."
>.<!

sambung.
tadi masa belaja, cikgu cakap, sape yg ada rhinitis ni kan..
dy ada simptom2 ni...

  • mata org ni gatal2, berair, merah (sbb garu)
  • hidung pun sama jugak. tak renti2 keluarkan cecair. huh. rimas.
  • kena bernafas ikot mulut. hidung sumbak kan. ni baru betul2 makan angin. bukak mulut dan sedut udara banyak2 untuk teruskan hidup. haiz...
  • kurang deria rasa & bau. penyakit ini agak berfaedah utk sape yg on diet. hidung sumbat, takleh bau sambal tumis udang yg pergghh !! dan jimat nasi serta lauk. xD
  • bila kita dah bernafas ikot mulut. jadi mulut akan kering. bila mulut kering, dan ada pulak kuman. mulut jadi musuk. JADI kerap2 kumur @ berus gigi supaya org tak lari macam jumpa hantu kak limah bila anda bukak mulut. ok?
ak pulak ada nyakit rhinitis ni disebabkan alahan. 
habuk kapet habuk sawang & semua keturunan habuk ak allergik.
kalau terhidu je sikit. siap la.
pong pang pong pang ! ak bersin.
mmg sgt dahsiat keadaan itu. =_=!
kawan2 ak taw ak allergik.
bukan setakat pada habuk sebenarnya. 
tapi. . . .
erm. . .
berat sungguh. . .
baek lah. (berdiri tegak)
termasuklah bulu. . .kucing.
T_T. . 

masa cikgu duk discuss psl allergik natang nih.
part ni la ak kena kelulikan telinga. batukan mata. >.< !
MEREKA2 SEBULAT SUARA (dan sebulat orangnya) SURUH BUANG BEBY TAM !
WATDAHEEE !!!??
daripada ak buang. baek ak dogolkan cik tam. 

jadi gini kang. woo. namoh. T_T.

ok penyakit ni dah menyerang. 
tergomoi teddy bear lunyai ak ni. ngee~~ 
(takat habuk/kuman/bakteria jgn cakap la. binatang buas pun ada kot kalo cari celah2 bulu bear nih)
heh. =_=

tak abis2 pasal kucing kan.
lantak la. ak suke ~ 
nanti cite lagi.
^_^ ..








    Saturday, February 19, 2011

    meraban .

    lamanya tak tulis belog.
    bukan tak nak tulis.
    tapi malas.
    niat tu ada.
    hmm.
    org kata niat yg penting kan. ;)

    semalam balik rumah.
    sampai je tgk rumah kemas.
    pegi dapo pulak.
    bukak tudung saji.
    (debar....debar....)
    warghhhhhh!!!!!!!!
    ada kuih lapis panas !!
    (nanges...nanges....)
    lama nya tak tengok ada makanan bawah tudung saji rumah.
    ;')

    lepak2..main2 dengan Nurul..
    fuhh. dah lama tak main dgn budak umo 2 tahun.
    kekok la jugak melayan budak ni.
    sekali ak on laptop.
    dy sebok nk tolong taip kat ak.
    haiz..sabar....sabar...=_=

    petang tu ingat nak bwk beby Tam pegi cucuk.
    kesian tgk telinga dah darah2 dy garu.
    pastu tanya kak wani sebelum pgi cucuk.
    sbb beliou penternak kucing paling berjaya ak penah tgk.
    ;D
    ak tnya la kena bopa hengget cucuk kucin.
    RM 50. gulp !
    tgh2 bulan (waktu sesak) tiba2 nak bagi rm50 utk cucuk kucing yg mungkin dibuang bila2 masa oleh abah.
    =_=..

    kasihan tam beby.
    dah la tak pegi cucuk dia.
    ak g berlibur-libur dengan Iwan n Bancik kat sunway.ouch !
    xpelah.
    next month mummy dapat elaun kite g cucuk beby ea. ;)


    p/s : sayangilah keluarga & kucing anda. ;)

    Tuesday, February 15, 2011

    selamat pengantin oldskool ! ~

    penat gila penat gila penat gila hari ni .
    tapi demi hari bahagia abah & family ak. 
    nevermind lah.
    letih letih seronok org kata. ; ) (sapa kata?)
    ...............=_=

    ok ok.
    hari ni 15/2 bersamaan hari selasa & cuti sempena maulidur rasul.
    ABAHKU KAWEN LAGI !~~

    tak caye? cis..

    sah ? sahhhhh.....;)

    pengantin baru (versi oldskool)



    alah alah ak pown......amik berkat..;)


    tu adik baru. nurul hidayah. ;)



    haa...tu abah kite la tu...hensem an..^_^
    gambar ni masa beliou akad nikah.
    sekali lafaz je. (biase la org lame..)
    lega sikit bila dah ada pertambahan ahli baru dlm fmly ak neh.
    at least makan minum famly ak terjaga.
    rumah pun takkan jadi sarang raksasa dah. yeay ^_~ !


    ak rini pagi2 in da morning dah bangun kejut pengantin laki mai amik ak kat asrama.
    lepas org mesjid datang buat bacaan tahlil.
    upacara makan memakan pun bermula !
    waa!!  masa ni abah takda. dan ak kena menyambut. OMAGAD !
    wei ak budak2 lg..mana reti menyambut. T_T
    hem. demi tanggungjawab sebagai anak sulung keluarga.
    ak gagahkan jua....(ceh.pk nak pg perang ke).

    ada gaya menyambut ke? 


    huhu. best jugak menyambut ni.
    ak salam je msti ada smpul kat tgn. hehe. suke suke ~ ^_^
    oii..tu duit pengantin lah. hem.. T_T

    ahha. kat sini ak nak say thanks sgt kat semua family n frens yg datang meriahkan majelis td.
    to bebies2 ak yg dtg td. tQ so very da much.
    kak ruby, kak ida, kak mie n dewiyah oso. lurve u ols hella muchos ~











    to geng2 ro thx jugak datang. tak sempat nak berpitcha. ;)

    ok lah.
    selamat pengantin baru abah.
    n selamat datang ibu n nurul .
    hope we will be family yg seronok mcm dulu.
    ;')



    Friday, February 11, 2011

    mari mengira bersama siti sifir

    harini 11 feb alarm yari berbunyi bunyian.
    di skrin henpon terpampang ayat. "dia datang ! "
    huh. tepat seperti dalam kiraan kalendar.
    mmg genap sepurnama. ngam-ngam sui. fuhh !
    eh eh. hepy pulak.
    hepy la sebab ak kira betul dlm kalender. n ni 1st time ak buat sistem kira2 ni.

    ish..tak paham aih.
    kira kira apa hang.
    kira hutang? cukup bulan ceti mai kutip?


    tudia mai dah !!


    bukan...
    ni kiraan kitaran sesungut @ menstrual.
    dulu ak ikut suka je dia datang bila ke nak datang tak datang suka hati kau.
    sekarang...
    ak dah ada kesedaran sivik. ;)
    dari kiraan tu. kita boleh kesan macam2 perkara.
    ok this is basic knowledge. kita cakap secara open la ek. dewasa dah kan. ;)

    kitaran period seorang  perempuan secara normal is 28 to 30 days.
    so boleh mula kira kedatangan beliou untuk bulan seterusnya selepas anda tamat tempoh bleeding 7 hari tu.
    tapi ada jugak lebih @ kurang dari 7 hari.
    contoh every month she's bleeding 9 hari. so is normal la for her. janji regular kan tiap2 bulan.
    haa. so lepas habis tempoh bleeding anda tu. boleh la start kira 28 hari.
    tak faham?


    contoh la. korang bleeding sampai 1 hb tu kira dah ckup 7hari.
    start 2hb tu kira sampai 28 hari.
    ha dapat? bape hb dapat lepas kira 28 hari?
    dapat 29hb kan. kalau tak dapat. cer kira balik cmna ak kira sampai bole dpt 29hb tu.
    ha. so 29 hb tu kira korang kena ready la untuk menyambut..erkk..menyambut..@_@

    dari kiraan ni macam2 kita boleh kenalpasti taw.
    al misalannya :

    • period kita normal atau tak. contoh kau dah buat kiraan cam tadi. then dah sampai tarikh tu tak datang2. ha kat sini kita boleh detect dah ada sumtink wrong. means lewat sampai lebih 2 mggu silalah rajin2 start enjin ketapi klinik. tapi kalau takat lewat sehari dua. tak perlu gabra tak tentu pasal. ok? tak perlu. 
    • utk yg dah kawen @ akan kawen. penting tarikh 1st hari period tu. pegi klinik nt nak buat kad merah, msti nurse tanya hari 1st period terakhir datang. ha masa tu baru kalut squizz otak nak igt, last2  g tnya cik husband. husband pulak yg bagitaw tarikh tu. ceh. apalah. koman btoi. 
    • utk yg dah kawen jugak. tarikh2 ni penting utk tahu tahap kesuburan anda. hari ke 14 is hari pengeluaran 'the queen' (ovum) n sapa2 tingin nak baby boleh la... hari ke 14 ye. ;)
    • then kalau kita tahu bila tarikh2 ni. bole la merancang aktiviti spti mandi air terjun. plan baguih nye, hari dah sampai tu elok la dia pun mai nak merai sama. ha . puaih. mandi la atas batu. ; )
    ermm.
    kenapa ak cerita menda ni..
    ak nak cerita ak sesungut rini sebenarnya..
    T_T