Tuesday, June 14, 2011

bercuti bersama chi-ken-poxy

cuti sem yang dinanti.
banyak planning tengah tunggu untuk dijalankan.
sebulan sebelum cuti ak dah packing nk balik. nampak sangat teruja kan. =-=
tapi...there's something waiting for you fara....
something ~ ~

1st & 2nd day kat rumah everything going very well.
bangun pukul 14, makan macam tiada hari esok, tengok tivi depan hidung, berebut makan eskrem dalam tupperware dgn adik kecik, kacau incik boyfren dengan panggilan2 hangit.
indah sungguh indah.

3rd day.
sengalnya badan. macam nak demam kura.
tapi sebagai orang berantibody kuat, sampai jugak ak kat jusco.boleh karoke lagey okey..hoho

esok nya. 
WAT DA ?!!
bintik apa kat perut ni??

dari google 

ada sebijik, kaler pink, mengelembung dgn air. dan agak comel.
ape ni....jangan cakap.................................
tunjuk kat abah : hahaha memang duk tunggu turn hang la
sah dah..jangkit bekas campak adik-adik ak. 
mulanya dari adik kecik ak, pastu Tasya, then Iwan. 
ni ak balik memang turn ak la. 
cikenpox 4series. kau ade? xde kan.

dah tua bangka baru nak kena. 
kecik2 dulu taknak kena. 
ni ak nak merap ni !
polka-dot2 ni bila nak surut ntah !
sampai dalam mulut pun ada. 
WTH!!!!

sekian saja luahan rasa perasaan.

yang sakit,
faradeana



Monday, May 2, 2011

assembly LAH .

2 MAY 2011 (ISNIN)
harini cuti. no good morning. 
berangan berangan.
esok keja petang. boleh bangun lambat. ^^

3 MAY 2011 (SELASA)
7lebih : terjaga tgk KakPiah (rumet) ak siap2 nk g keja. 
            ak tarik slimut tutup muka & Kak Piah pegi keja.
7.35am : tiba2 pintu bilik dibuka secara ganas.
              OGENNN ASSEMBLY !!

boleh bayang keadaan & muka ak masa tu?
assembly start 7.45
ak rembat uniform tak iron lagi.
tudung yang kedut seribu punya.
cari blazer pun tak jumpa dah.
g toilet gosok gigi jap.
marathon pegi kolej.

fuhh naseb baik tak start lagi.
ak masuk celah2 budak klas.
ok acara bergelak. seronok kan tgk ak. T__T
ada yg tolong2 betul tudung ak. 
tadi sempat la tepek bedak sikit. tapi part mata usah dikenang. 
sembab. sepet. separuh bukak. =__=
dalam keadaan penuh kemaluan tu .Kak Mie hulurkan blazer. touching ~**
dah pakai blazer. lagi sakan deme gelak kat ak. kuajar. asal gelak?
rupanya . . . 
ak saiz m. blazer mybe xxl.
boleh masuk lagi 2 org katanya.
herm. lantak la. baik ada dari takda langsung.
norma siap tak kasi ak nyanyi lagi. takot ak tak gosok gigi. kuang asam.
nyanyi2.cakap2.nyanyi lagi. 
ok. assembly dismiss.
HAH ?? AK TAK PEGI PUN TAKPE !! T__T

sekian. 




 




 



              


Sunday, February 27, 2011

cite semalam semalam.

ehm ehm. test test. ; )
hari jumaat lepas ak balik rumah. 
masuk je pintu rumah. hemm. bau cm hotel ~
sekali bukak pintu bilik ak.
bau setinggan. T_T. cik natasya..please ~ 
baik je cik tam bergulung kat blanket katil ak. muke sejuk la konon. 
bertuah punya kucin ! 
sambung.
aha. ak balik kali ni angkut geng mek klate. 
bawak g round jusco jap.
ak belemoihgila p haritu.
mekap apo pun idok. haiz.

jalan jalan jalan.
nampak elianto.
ak g tgk2 barang dy.
dy test blusher, eye shadow, eyeliner suma bagai lah kat ak.
dari muka mcm zomba. 
trus muka cam artis.
haha. terima kasih kak elianto.

jalan jalan jalan lagi. 
jumpa kedai shawl.
test test inner. ouch ! cantek !
ak grab satu shawl trus lilit belit. 
matching pulop dgn baju. 
pakai-bayar-chow.

hari tu abah kasi greenlight bawak keta balik asrama !!
wow wow !!!~~
encik BF pesan dah. kalau sampai asrama awal sgt..jaga..
get it? (duration rumah --> kolej 30 mnit) 
so kalau smpai awal. . . .
heh heh. >.<..

hari sabtu pulak. pegi sokong team netball kolej kat kolej bukit mertajam.
kolej ktorang menang 17-7. huhu
tak sia2 ak bangun awal on saturday morning. T_T

balik menyokong. pegi berlibur-libur dgn ecah ~
ada keta kan. msti la nak bersuka2. 
ya lah bersuka suka. lepas tu berduka duka. 
ada keta nate mana ntah ciom bontot keta ak.
pergh seb baik ak terer tahan brek dari g gomoi keta depan lak.
dan yang sweetnya. dy belah lepas crush tu!!
ouch ~what the hee u man !!! 
kalau ak salah asal ko tak turun datang marah ke sepak ak ke. 
ak sempat la amik no plat dy. PBB 9***. saga lama.
"ak nampak keta ko parking mana2. jgn tanya kenapa kalau keta kau takda tayar."
dan sekarang.
hapuskan bukti sebelum abah dtg tgk !

ada lagi 2 hari sebelum abah dtg. 
beliou tak boleh tahu pasal ni ! kennot !!!!!!
;'(









Monday, February 21, 2011

tam si gondol?

dah sehari suntuk duk dalam kelas.
kelas yg ibarat freezer.
ak mcm ikan sardin je merekot dlm tuh.
sejuk gila ok !
haa. ni ak nak emo nih. =_="

tadi blaja pasal Rhinitis a.k.a resdung.
bab resdung ni memang ak nak fokus sgt la. (sbb ak ada pnyakit ni..T_T)
tapi rasanya ni mcm penyakit common la kan.
ramai je ada ak tgk.
ha? ko takde pun?  
"hey ! apa normal sgt kau ni ! cis."
>.<!

sambung.
tadi masa belaja, cikgu cakap, sape yg ada rhinitis ni kan..
dy ada simptom2 ni...

  • mata org ni gatal2, berair, merah (sbb garu)
  • hidung pun sama jugak. tak renti2 keluarkan cecair. huh. rimas.
  • kena bernafas ikot mulut. hidung sumbak kan. ni baru betul2 makan angin. bukak mulut dan sedut udara banyak2 untuk teruskan hidup. haiz...
  • kurang deria rasa & bau. penyakit ini agak berfaedah utk sape yg on diet. hidung sumbat, takleh bau sambal tumis udang yg pergghh !! dan jimat nasi serta lauk. xD
  • bila kita dah bernafas ikot mulut. jadi mulut akan kering. bila mulut kering, dan ada pulak kuman. mulut jadi musuk. JADI kerap2 kumur @ berus gigi supaya org tak lari macam jumpa hantu kak limah bila anda bukak mulut. ok?
ak pulak ada nyakit rhinitis ni disebabkan alahan. 
habuk kapet habuk sawang & semua keturunan habuk ak allergik.
kalau terhidu je sikit. siap la.
pong pang pong pang ! ak bersin.
mmg sgt dahsiat keadaan itu. =_=!
kawan2 ak taw ak allergik.
bukan setakat pada habuk sebenarnya. 
tapi. . . .
erm. . .
berat sungguh. . .
baek lah. (berdiri tegak)
termasuklah bulu. . .kucing.
T_T. . 

masa cikgu duk discuss psl allergik natang nih.
part ni la ak kena kelulikan telinga. batukan mata. >.< !
MEREKA2 SEBULAT SUARA (dan sebulat orangnya) SURUH BUANG BEBY TAM !
WATDAHEEE !!!??
daripada ak buang. baek ak dogolkan cik tam. 

jadi gini kang. woo. namoh. T_T.

ok penyakit ni dah menyerang. 
tergomoi teddy bear lunyai ak ni. ngee~~ 
(takat habuk/kuman/bakteria jgn cakap la. binatang buas pun ada kot kalo cari celah2 bulu bear nih)
heh. =_=

tak abis2 pasal kucing kan.
lantak la. ak suke ~ 
nanti cite lagi.
^_^ ..








    Saturday, February 19, 2011

    meraban .

    lamanya tak tulis belog.
    bukan tak nak tulis.
    tapi malas.
    niat tu ada.
    hmm.
    org kata niat yg penting kan. ;)

    semalam balik rumah.
    sampai je tgk rumah kemas.
    pegi dapo pulak.
    bukak tudung saji.
    (debar....debar....)
    warghhhhhh!!!!!!!!
    ada kuih lapis panas !!
    (nanges...nanges....)
    lama nya tak tengok ada makanan bawah tudung saji rumah.
    ;')

    lepak2..main2 dengan Nurul..
    fuhh. dah lama tak main dgn budak umo 2 tahun.
    kekok la jugak melayan budak ni.
    sekali ak on laptop.
    dy sebok nk tolong taip kat ak.
    haiz..sabar....sabar...=_=

    petang tu ingat nak bwk beby Tam pegi cucuk.
    kesian tgk telinga dah darah2 dy garu.
    pastu tanya kak wani sebelum pgi cucuk.
    sbb beliou penternak kucing paling berjaya ak penah tgk.
    ;D
    ak tnya la kena bopa hengget cucuk kucin.
    RM 50. gulp !
    tgh2 bulan (waktu sesak) tiba2 nak bagi rm50 utk cucuk kucing yg mungkin dibuang bila2 masa oleh abah.
    =_=..

    kasihan tam beby.
    dah la tak pegi cucuk dia.
    ak g berlibur-libur dengan Iwan n Bancik kat sunway.ouch !
    xpelah.
    next month mummy dapat elaun kite g cucuk beby ea. ;)


    p/s : sayangilah keluarga & kucing anda. ;)

    Tuesday, February 15, 2011

    selamat pengantin oldskool ! ~

    penat gila penat gila penat gila hari ni .
    tapi demi hari bahagia abah & family ak. 
    nevermind lah.
    letih letih seronok org kata. ; ) (sapa kata?)
    ...............=_=

    ok ok.
    hari ni 15/2 bersamaan hari selasa & cuti sempena maulidur rasul.
    ABAHKU KAWEN LAGI !~~

    tak caye? cis..

    sah ? sahhhhh.....;)

    pengantin baru (versi oldskool)



    alah alah ak pown......amik berkat..;)


    tu adik baru. nurul hidayah. ;)



    haa...tu abah kite la tu...hensem an..^_^
    gambar ni masa beliou akad nikah.
    sekali lafaz je. (biase la org lame..)
    lega sikit bila dah ada pertambahan ahli baru dlm fmly ak neh.
    at least makan minum famly ak terjaga.
    rumah pun takkan jadi sarang raksasa dah. yeay ^_~ !


    ak rini pagi2 in da morning dah bangun kejut pengantin laki mai amik ak kat asrama.
    lepas org mesjid datang buat bacaan tahlil.
    upacara makan memakan pun bermula !
    waa!!  masa ni abah takda. dan ak kena menyambut. OMAGAD !
    wei ak budak2 lg..mana reti menyambut. T_T
    hem. demi tanggungjawab sebagai anak sulung keluarga.
    ak gagahkan jua....(ceh.pk nak pg perang ke).

    ada gaya menyambut ke? 


    huhu. best jugak menyambut ni.
    ak salam je msti ada smpul kat tgn. hehe. suke suke ~ ^_^
    oii..tu duit pengantin lah. hem.. T_T

    ahha. kat sini ak nak say thanks sgt kat semua family n frens yg datang meriahkan majelis td.
    to bebies2 ak yg dtg td. tQ so very da much.
    kak ruby, kak ida, kak mie n dewiyah oso. lurve u ols hella muchos ~











    to geng2 ro thx jugak datang. tak sempat nak berpitcha. ;)

    ok lah.
    selamat pengantin baru abah.
    n selamat datang ibu n nurul .
    hope we will be family yg seronok mcm dulu.
    ;')



    Friday, February 11, 2011

    mari mengira bersama siti sifir

    harini 11 feb alarm yari berbunyi bunyian.
    di skrin henpon terpampang ayat. "dia datang ! "
    huh. tepat seperti dalam kiraan kalendar.
    mmg genap sepurnama. ngam-ngam sui. fuhh !
    eh eh. hepy pulak.
    hepy la sebab ak kira betul dlm kalender. n ni 1st time ak buat sistem kira2 ni.

    ish..tak paham aih.
    kira kira apa hang.
    kira hutang? cukup bulan ceti mai kutip?


    tudia mai dah !!


    bukan...
    ni kiraan kitaran sesungut @ menstrual.
    dulu ak ikut suka je dia datang bila ke nak datang tak datang suka hati kau.
    sekarang...
    ak dah ada kesedaran sivik. ;)
    dari kiraan tu. kita boleh kesan macam2 perkara.
    ok this is basic knowledge. kita cakap secara open la ek. dewasa dah kan. ;)

    kitaran period seorang  perempuan secara normal is 28 to 30 days.
    so boleh mula kira kedatangan beliou untuk bulan seterusnya selepas anda tamat tempoh bleeding 7 hari tu.
    tapi ada jugak lebih @ kurang dari 7 hari.
    contoh every month she's bleeding 9 hari. so is normal la for her. janji regular kan tiap2 bulan.
    haa. so lepas habis tempoh bleeding anda tu. boleh la start kira 28 hari.
    tak faham?


    contoh la. korang bleeding sampai 1 hb tu kira dah ckup 7hari.
    start 2hb tu kira sampai 28 hari.
    ha dapat? bape hb dapat lepas kira 28 hari?
    dapat 29hb kan. kalau tak dapat. cer kira balik cmna ak kira sampai bole dpt 29hb tu.
    ha. so 29 hb tu kira korang kena ready la untuk menyambut..erkk..menyambut..@_@

    dari kiraan ni macam2 kita boleh kenalpasti taw.
    al misalannya :

    • period kita normal atau tak. contoh kau dah buat kiraan cam tadi. then dah sampai tarikh tu tak datang2. ha kat sini kita boleh detect dah ada sumtink wrong. means lewat sampai lebih 2 mggu silalah rajin2 start enjin ketapi klinik. tapi kalau takat lewat sehari dua. tak perlu gabra tak tentu pasal. ok? tak perlu. 
    • utk yg dah kawen @ akan kawen. penting tarikh 1st hari period tu. pegi klinik nt nak buat kad merah, msti nurse tanya hari 1st period terakhir datang. ha masa tu baru kalut squizz otak nak igt, last2  g tnya cik husband. husband pulak yg bagitaw tarikh tu. ceh. apalah. koman btoi. 
    • utk yg dah kawen jugak. tarikh2 ni penting utk tahu tahap kesuburan anda. hari ke 14 is hari pengeluaran 'the queen' (ovum) n sapa2 tingin nak baby boleh la... hari ke 14 ye. ;)
    • then kalau kita tahu bila tarikh2 ni. bole la merancang aktiviti spti mandi air terjun. plan baguih nye, hari dah sampai tu elok la dia pun mai nak merai sama. ha . puaih. mandi la atas batu. ; )
    ermm.
    kenapa ak cerita menda ni..
    ak nak cerita ak sesungut rini sebenarnya..
    T_T

    Wednesday, February 9, 2011

    STRABISMUS ?? STRABISKUT??

    baru je post entri tadi.
    bosan lagi. huh.
    nak setadi.
    no no no. lagi malas.
    hmm =_= ..

    belek2 beg sekolah.
    5 hari ada kelas. 5 hari lah ak tak usik khazanah n kitab2 dlm beg.
    tapi hari ni lain sikit.
    ak dapat hidayah. ; D
    selepas dengar Jaty mengaji, zikir, selawat bagai. (lepas dpt jd MC utk ceramah terus dy jadi camni..alhamdulillah)

    sambung..
    sekarang nak susun nota.
    nota hari ini. STRABISMUS.
    ape natang strabismus nehh?..pelik2 ah nama penyakit skg.
    ha. tido lagi dlm kelas. T_T..

    belek2 sikit nota ni.
    huh? nak baca nota ke? YA.
    mungkin sebab nama tajuk ni pelik. STRABISMUS.

    (5minit scan nota)
    lahh...
    STRABISMUS ni nama gelemer je.
    nama betoi dy Juling.



    selalunya jadi sebab congenital (sejak lahir).
    bagi kita yang memiliki mata yang normal dan sempurna ni (alhamdulillah)
    kadang2 mmg agak konfius bila in front someone with this condition. kan?
    dlm hati msti terdetik ( dy tgk ak ke tgk org lain?) kan kan..

    haa.
    kalau dah duk depan kita. mistila dy tgk kita. takkan tgk org blakang dy pulak kan
    sebenarnya . . .
    sblah mata dy yg ok tu nmpk benda kat dpan dy.
    tapi sebelah lagi yg problem tu akan nmpk benda @ image kat mana dy pusing. (tudia ayat~)
    so ape yg dy nmpk adalah blur-blur je.

    nak tawu simptom2 sape yg ade STRABISMUS ni?

    1. masa letih or sakit or lepas bangun tidur. mata dy tak selari. haa.( bangun tdo terus tengok cermin. check mana tawu mata tak sama)
    2. kerap tutup mata sebelah. (ko buat la duk kenyit2 mata bila nmpak awek.simptom tu.)
    3. air mata berlebihan. (bukan nangis tacing msa tgk hindustan ok)
    4. photophobia. (ni xleh tgk cahaya terang.bukan takut amik gambar.=_=!)
    5. selalu sengetkan kepala bila nk tgk something. ayork ! (ak pun ada.tgk.tulisan pun senget suda)


    jadi kalau ada org2 yg kita kenal ada somekind of this prob.
    bawak lah pegi hospital n byk method bole cure this prob.

    hoho..
    TAHNIAH !!
    abis suda satu bab..
    ;)

    antara jaga dan lena

    pagi ni bangun seperti biasa.
    dengan cargas ke kelas. 
    lecturer masuk penuh bergaya.
    penuh perhatian ak fokus pada slide.

    ok .
    tu 5 minit pertama je..
    lepas tu..



    dan diikuti...



    ok. dapat apa yg cuba disampaikan ?

    hah? tak penah tdo dalam kelas???
    tak penah langsung??? langsung2 tak penah?? 
    hg blajar kat mana wey?? (ayat biasa ak pd org konon2 tak penah buat)
    kalau dah nama student, keji lah kalau tak penah tido dlm kelas. 
    heh heh..ni la namanya student contoh. (contoh selalu kena berdiri dlm kelas) T_T..






    Monday, February 7, 2011

    sang bebola kapas hitam~ T_T

    apa kabar kau disana...
    sudah makan ke belom..
    kau berak di mana hari ni...
    jgn tangkap cicak & kumpul kat bilik dah tau..

    adui..rindunya kat hang bebie !
    kalau lah boleh bawak balik asrama ni.
    dah lama ak packing sekali dalam beg baju taw..


     "opocot !"


    "agak2 dowg nampak kite nyorok tak?"

    hey sexey ~ 
    sedang beryoga. jangan pk bukan2. ha ! tgh pk la tu ! 

    dah terjawab misteri kehilangan kredit hp iwan. "aiseyh kantoi !"

    baek punya tempat lepak dy. =_="




    tu la antara aksi2 bebola kapas ak..
    haih...dah nak abis spm dah dy nih..
    sapa2 ada anak jantan tu boleh la mai mrisik..
    ^_~ ...






    Saturday, February 5, 2011

    kad kawen sate ikan

    kad kawen? kad kawen?? sapa kawen??
    hehe.. msti la ak...;)

    punya bapak...huhuhu ~ ; p
    betol lah ! asal? tak caye?? jap eh..jap...




    kad kawen abah ~

    ni sume hasil keringat tulang pat kerat my lovely cousin Kak Wani. 
    beliou lah pen'design' kad ini. sgt simple n nice kan. ; ) tQ Kak Wani. anda tetamu VIP kami lah. xD
    haritu ak pergi rumah mak caq ( kakak sulung arwah mama ) and merangkap mak k.wani.  
    pg nak potong2 kad kawen abah ni la.. then sblom upacara potong memotong. 
    kami (ak & k.wani) memerlukan peralatan seperti cutter dan pembaris untuk melancarkan aktiviti kami ni.
    then kami keluar beramai-ramai bersama adik ak si Tasya dan adik org The Kaisara (sepupu ak le).

    kami pun bergentayangan di sekitar sunway mencari sang cutter.
    TIBA-TIBA. kami jumpa ni !


     
    taw tak apakah objek tu? 
    tu lah moto yg jual sate ikan. bentuk moto ni mmg special edition n direka khas untuk memaksimumkan kelajuan hasil jualannya. (ye LAH). 
    haha. betol lah. kalo ko ade moto takkan saja2 ko nak make up moto ko gini. ha. tak terjawab ko. *sigh sigh.

    disebabkan sate ikan ni sangat rare utk dijumpai (bg ak la), beli sampai rm15. (k.wani la belanja.hehe.terima kasih k.wani, lain kali belanja lagi. hehe. gurau je ; ) 



    pakcik sate ni lambatlah. posing kejap la. 

    "nak senyum ke nak nangis eh. kite pun x sure" kata Kaisara dlm bahasa beliou.


    sedap weh sate ikan nih...makan petang2 + panas2..warhhh!!  bole mereng ak ..haha..
    hurm hurm..dah teringin pulak nak makan sekarang..;(
    ok nak pergi hunt makanan !!~~ 
    bobye ^_~ 

    Thursday, February 3, 2011

    mimpi berulang??

    ermm..harini ak mimpi mama lagi. mggu lepas ak mimpi 2 3 kali dlm smggu. 
    org cakap kalau kita mimpi berulang tu,means org tu igt kat kita.
    tp kalau ak cite kat org yg tak tawu tu. soalan cmni biasa lah. mmpi mak kau?  kenapa dgn mak kau..?

    haa...benarnya gini citenye. mama dah nak msuk 8 bulan tinggalkan kami..
    last diagnosis mama, dy hidap penyakit lymphoma. penyakit ni lebih kurang macam cancer yang merebak dgn cepat ke seluruh badan. 
    tempoh arwah sakit pun tak lama. tak silap ak start hujung bulan 3 tahun 2010 arwah dah tunjuk simptom2 sakit seperti tangan shaking tanpa sbb. selsema non stop. mata kabur (bukan rabun). 
    masuk bulan 4. arwah still pgi keja, drive sendiri dgn tangan shaking (bukan shaking slow taw, mcm tgn org parkinson tu) , n perubahan paling ketara bila abah dah notice mama tak makan nasi about 2 weeks !
    dy masak tp dy makan roti cecah milo je. then abah dah quiry keadaan mama dah teruk sebenarnya and cepat2 abah bawak mama pegi hospital seberang jaya for check up. whats wrong with her ! 
    nak pegi hospital pun abah jenuh pujuk + paksa sbb mama taknak pegi. bukan sbb takut. tp dy taknak susahkan org, n bagi alasan ada ubat sendiri. ya ubat sendiri. 
    she's a nurse. ;')

    actually arwah mama org jenis kuat. kuat semangat. takat sakit sikit2 tu dy takkkan cakap kat org. 
    and ada satu perkara yg buat ak terkilan sgt. she's lying to me n family cakap luka like very big bisul di betis dy tu kesan lecur kena ekzos moto. n sebenarnya menurut doktor luka tu is satu important sign for this penyakit. kalau kitotang tawu awal2, mungkin she can be cured. hurm. 

    bulan 4 macam tak terasa pun. ak ulang alik tiap2 mggu dari sp ke penang. kalau bole amik cuti ak amik cuti dah. ak nak jaga mama. tp masa ckp fon ngn mama ms tu. dy tak kasi amik cuti. dy ckp kalau tak pnting apa takyah datang. jauh katanya. lagi la ak sentap.
    mama bertukar hospital semenjak tu. abah pulak kadang2 je pg keja. mama harus diteman. kalau tak, suma keja dy nak buat sendri. tak boleh tak boleh  !
    smpai ujung bulan 4, she's admitted to General Hospital di Penang. n her condition more worsted on that time.
    sepanjang 5 hari sementara tggu jumaat sabtu utk balik penang, hari2 ak kol abah tnya mama. 
    every second ak tggu kol dari abah. n ak hanya harapkan abah cakap 'mama semakin baik'. 

    7/5/2010 bersamaan dgn hari Jumaat. ak cuti. abah amik ak kat sg petani terus pergi GH. haritu ak da azam ak nak fly dari asrama. hari sabtu baru ak balik. benda ni suma dibantu oleh kawan2 yang sgt memahami condition ak masa tu. kalau mak kita dah smpai koma, kau boleh duduk diam? ak sorry la. 
    kena tendang kolej pun ak sanggup masa tu. nak amik cuti pun ak jenuh fight dgn HEP. n i take the risk hari tu. nak jadi apa pun. JADILAH ! yang penting mak ak . 
    ak sampai pagi2 ak pegi katil mama. dy masih koma. ak pegang2 badan dy. panas sgt. 
    ak pun praktikkan apa ak buat kat org kat hospital, skrg ak kena buat kat mak ak. ak jelum badan dy very carefully sbb berselirat dgn tiub + wayer. ak keep buat smpai suhu dy turun sikit. 
    hari tu ramai la datang jenguk mama. semua doakan smoga mama awake from coma. thx for pray. ;')

    petang dalam pkul 6 ak turun sekejap pergi makan dgn adik2 ak. ak tak makan dari sampai pagi td.
    ak tggalkan mama sekejap dgn staff nurse kat situ. (mama tggu kejap, satg fara mai balik).
    lepas makan dalam pukul 7.30pm n ms tu maghrib. ak pergi kat mama. iwan & tasya balik dgn pakcaq. 
    ak duduk kat sisi katil, pegang2 badan mama. 
    badan dy sejuk sgt. ak selimut badan dy smbil genggam tangan dy. 
    then saat2 tu diganggu oleh staff nurse yg nak bt observation. ak tggu jauh sikit dari katil mama. tp mata ak tak lepas dari tgk dy.
    then dorg screen katil tu. mgkin taknak org tgk. fine. ak faham prosedur hospital.
    sorang staff nurse datang kat ak. dy tepuk2 blakang ak. ak tak faham. dy bawak ak pgi kat doctor kat katil mama. debar ak masa nak berjalan pg tu. then smpai depan mama. doctor tu keluarkan 2 ayat.
    "SHE'S GONE. BE STRONG". 
    ayat tu mcm bom berdesing kat telinga ak. 
    ak tgk mama. ak pegang tangan dy. setitik setitik air mata ak jatuh. 
    mama...................

    abah baru sampai. ak tgk dia. dengan juraian air mata ak hanya mampu gelengkan kepala. mulut ak kaku.
    ya allah...mama pergi masa seorang pun takda dgn dy..mungkin dy taknak pergi depan kami skluarga..;'(
    esoknya 8/5/2010 arwah dikebumikan di tanah perkuburan org islam di sg dua. 
    ramai yang datang baca yassin dan beri semangat pd kami sekeluarga. terima kasih.

    sekarang. dah nak masuk 8 bulan. ak anggap mama tak pernah tggalkan kami. cuma dy ada kat tempat lain.
    nanti kita akan jumpa semula. thats a guarantee. ;')

    mama... org rindu.. ;'(

    semoga arwah mama ditempatka di kalangan orang-orang beriman. 
    she's always be my angel. 
    al-fatihah...
                         


    Wednesday, February 2, 2011

    'Anggapan mu' punya pasal

    ni sume sebab semalam la nih. ak n family (include abah, iwan & tasya) . pg sunway konon nak g makan je.
    pastu sume ajak karok pulak. ak kalau org ajak karok. sorry la...
    sejam je tak layan. HARUS 2 JAM KE ATAS! xD

    karoke monster . whaha !

    dan...dan..dan...akibat terlalu lama tidak avtivate hobiku yang satu ini.
    ak telah mengambil risiko untuk menarik sebuah lagu yang berpicing tinggi !
    ANGGAPAN MU by ZIANA ZAIN. gilalah ! tak sedar diri punya fara. sedarlah kau mempunyai sora persis shin chan. (ramai yg telah membuat pengakuan ini). sob sob. T_T~


    tak patot betol lah ! 


    ok. berhenti ber'emo'. 
    berbalik lagu akak ziana zain kita. ak dengan beraninya telah menarik lagu tu setarik tariknya ! 
    2,3 line je ayat yang rendah. dari starting sampai chorus pitch tinggi. 
    tak tercapai anak tekakku menggapai not itu.
    abah tgk muka ak dah biru sbb ak punya tarik tak ingat. abah bertindak sebagai hero dengan meng'next'kan ke lagu seterusnya. fuhh. abah save the day. ; )

    dan hari ini. tekak dah merajuk. ak telah menyakiti tekakku sendiri. maafkan daku tekakku sayang. 
    semoga awak cepat sembuh. lepas ni nak tarik lagi ! xD ( inilah sifat terhandalku. tidak pernah serik ! ) peace.


     

    Tuesday, February 1, 2011

    OPS KANDANG/SARANG/RUMAH !

    hari yang cargas ! ya ! hari ini bangun awal dengan azam untuk mulakan operasi gotong royong di rumah ! ...
    gotong royong LAH. ak sorang je yang dok tunggang terbalik sental rumah ni. =_=.
    selepas 2-3 jam berhempas pulas mengerjakan apa yang patut. barulah nampak rupa mcm rumah org sikit. kalau tak, sape tgk pun konpius ni rumah ke sarang raksasa . sila bayangkan. 

    ini rumah. 

    ini raksasa.

    boleh bayang bagaimana rumah + raksasa ? ok, dah boleh setop bayang. 


     

    Monday, January 31, 2011

    happy belated birthday my boys !~

    12am, 1 February !! wahhh!! hari ni best-day dua boboy ak. encik syg dgn adik syg. hihi.



    ni kek untuk Mohd Azwan @ Iwan ;)

    ni kek utk Encik Syg @ Yusry Yusof. <3

    Happy Birthday Mohd Azwan !!~ hg dah 17 ok. tahun SPM. behave urself & i love u little brother !

    adik jantanku dah besar..terharu...nangis nangis...;')


    this one special wish to my only darlink Mohd Yusry Yusof, Selamat Hari Lahir ke 21 sayangs~ tahun ni dah 2 tahun kita sambut birthday sama2 kan..ayat selanjutnya mana bole kat sini..huhu...iloveusodamnmuch.

    mine. ;)

            HAPPY BIRTHDAY DARLINKSSS ~ !!
                          macam biasa..org lain punya besday, ak yang excited lebih..hehe....biar laa.......xoxo !



    Sunday, January 30, 2011

    elaun masuk dan elaun keluar

    hahahah ! ! ! sehari suntuk ak keluar rini. PUAS ! puas la duit abis..T_T
    tapi takpe. ak dapat apa ak nak. org ckp kalo kita tingin benda tu, beli je. takot nt mimpi patu mlm2 ms tido jalan pegi kedai nak beli barang tu.. waa~~ takottt~~ =_='

    hari ni beli macam-macam-macam. 
    1. kasut high cut. (konon nak pakai dengan gaun pendek.nak tutup buku lali hitam)
    2. baju muslimah. (baju tutup punggung sikit dah kata baju muslimah =_=)
    3. pembentuk sanggul. (beli sampai dua ! melampau betul. huh.)
    4. name tag. (kali ni letak nama penuh.sapa tak ingat lagi nama ni. SIAP!!!)
    5. bag Domo. (beli jugak sbb jeles tgk Wawa beli.huh.dasar perempuan penuh hasad dengki !)
    haa. tu la list barang ak beli. makan tak kira lagi. sampai2 je kat CS tu terus melantak mekdi. kami pegi 5 org sume. ak, ecah, wawa, k.jannah & nisah. haha. nisah dah buat kitorang glemer jap kat mekdi tu. boleh dia sendawa KOATT GILA ! tu baru sendawa. sekali dia gelak. NYARINGNYA !!! semua pakwe makwe kat situ tgk meja kitorang. kitorang melantak gelak punya kuat kat situ..hahaha..gila lah wei !! :D


    ni sebelum. nyum nyum ~ 


    nak? g mekdi ;)

    kak jannah. dia kuat leter. ;)

    nisah & wawa. ( nisah ni la beb..)huhu ;) 
    dgn the baby ~ <3

    makanan saya semua bulat. ikut tuan ke? T_T

    ni selepas. dasyatnya makan.=_=

    selepas sesi mengketedarah selesai, kami berpusu2 pergi merayau2 setiap tingkat, ceruk, pelosok cs tuh. disebabkan cs ni tak bopa besar. bole la nak tawaf 7 8 kali pun. kalau besar Times Square ko buat perangai nak tawaf banyak2, balik rumah kau tdo la 5 hari pun belum tentu hilang penat. (mcm besar gile je) keke xD
    kul 5 petang balik hostel, terus main netball. kena paksa. T_T

    ini Dada. ~

    rehat2. minum air org. xD

    kat padang pun kena bergaya ok ! 

    konon je. dlm 10kali shot, 1stengah kali je masuk.T_T

    main 5 minit. gosip 30 minit. xD


    ok. tu je kot. TAMMAT. klasik tak ejaan ~ ^_^